Monday, September 15, 2008

Satu Pengalaman

Salam Ramadhan.

Alhamdulilah kita telah berada dipertengahan Ramadhan.Kita sudah memasuki fasa kedua Ramadahan.Banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang minggu kedua Ramadhan ini.Alhamdulilah, aku telah diberi kesempatan untuk bersama dengan adik-adik Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam daerah Sabak Bernam.Tribute kepada Welfare And Community Servicers BEDSA yang telah berjaya mengadakan progam Tautan Kasih 2008.Program ini adalah satu program khas khidmat masyarakat sempena bulan Ramadhan ini. Hati ini tersentuh tatkala melihat ketabahan adik-adikku menghadapi hidup tanpa ibu dan bapa disisi. Aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan bapa yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan pedoman untuk aku meneruskan pengajian aku di taman Ilmu dan budi ini.

Kami bertolak seawall jam 7.00 pagi dengan bas UIAM.aku begitu bangga untuk mengatakan kepada semua pemandu di jalan raya bahawa kami adalah bakal pendidik anak bangsa keluaran UIAM.Perjalanan kami memakan masa hampir dua jam.Kami disambut dengan meriah oleh adik –adik .Maka bermulalah program.Program ini telah dirasmikan oleh Warden pertubuhan tersebut.Acara pertama ialah bersama-abang dan akak faslitator yang ensem dan comel-comel belako(jangan marah ye).Fuh ! memang letih sebab banyak guna suara. Saya mulalah terbayangkan air sirap limau ais.Seterusnya permainan sambung cerita yang menguji kreativiti semua comitee dan peserta untuk menyempurnakan sesebuah cerita.

Selepas habis permainan sambung cerita, semua fasilitator dan peserta bermain permainan treasure hunt. Memang penat tapi best.Permainan ini membantu untuk membina ukhwah yang mantap sesame kami dan adik-adik peserta.Last sekali acara Iftar Jama’e yang disedikan oleh pihak pertubuhan.Memang lazat.Terima kasih diatas bubur lambuk,ikan siakap dan pelbagai menu yang menyelerakan.Terima kasih kepada Pak Ngah dan kakitangan Pertubuhan Anak-anak Yatim Sabak Bernam diatas layanan dan kemudahan yang kami terima.Semoga ukhwah yang telah terbina ini berkekalan .

No comments: