Saturday, November 8, 2008

I'M BACK

Assalamualaikum warahmatullah barakatuh.
Salam sayang buat semua.Salam ukhuwah dan salam perpaduan. Hish, hish, hish!!!! Lama dah dah tak update blog ni ye? Maaflah, dek kerana kesibukan final dan assignments yang perlu dihantar , maka baru lah dapat saya mengemaskinikan blog saya yang agak uzur ini.Banyak perkara yang telah berlaku mutakhir ini. Antarnya,isu politik negara yang makin hangat dari biasa, isu ekonomi global dan isu terkini kejayaan Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat. Uiam pun tak kurang hebatnya, isu notis palsu PRK juga menimbulkan kekecohan. Tapi yang penting SELAMAT MENJAWAB FINAL EXAMINATION SEM 1 SESI 2008? 2009. Saya pun tatkala menulis ini, telah selesai menduduki baki satu kertas iatu (Understanding Student with Education’s needs.)Satu subjek yang mendedahkan kita dengan dunia kanak–kanak istimewa.. Terima kasih kerana Dr.Supiah Saad yang banyak membantu saya memahami golongan ‘istimewa’ ini.


Sebenarnya, saya nak mengajak kita semua merenungi kekuatan kita sebagai seorang yang diberikan peluang oleh Allah Taala untuk menjadi juru bicara ummah.Orang muda adalah harapan bangsa dan agama. , Tetapi malangnya, sesetengah mahsiswa dan mahasiswi sekarang mempunyai sikap individualistik. Dimanakan kesatuan kita wahai shabab dan fatayat? Cuba kita renung bawa kisah bagaimana Kota Konstatinopel ditawan.Ianya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang pada ketika itu berumur 21 tahun. Di mana kita pada umur sebegitu.? Bagaimana Sultan Muhamad menakluk Konstatinopel dan menukarkan namaya kepada Istanbul?


Saya cadangkan anda membaca buku novel Muhamad Al Fateh-Penakluk Konstatinopel.. Satu sejarah yang telah diadaptasikan dalam bentuk novel yang santai. Ayuh, marilah kita memahami sejarah Islam yang semakin lama dipinggirkan.Marilah kita semua menjadi seperti pemuda Al-Kahfi yang tidak takut menyatakan keimanan mereka kepada sang raja yang zalim.Kita bagaimana?????????????????????????

Jom kita membaca!!!


Teman-teman ,pemuda dan pemudi,

Kalau nak cemerlang ,jangan tinggalkan rakan dibelakang.Biarlah kita semua sama-sama cemerlang.Jangan kita mementingkan diri sendiri semata-mata.


Usaha dan tawakal perlu seiring. Jangan hanya pandai bertawakal tanpa berusaha.Ingat, usaha dan tawakal adalah kunci kecemerlangan,


Kita mesti jadi yang TERBAIIIKK. Umat Islam harus cemerlang.Banyakkan membaca dan mengkaji. Sekarang masa untuk mahasiswa menjadi juru bicara ummah.Kita tak punya banyak masa untuk berbicara kerana kwajipan itu lebih banyak dari masa yang kita ada.

No comments: