Friday, May 22, 2009

PERAK: BAKPE LAGU NI?


Hari ini jumaat, 22 Mei 2009, banyak perkara yang berlaku di Malaysia.Banyak perkara yang perlu diteliti dengan hati yang terbuka. Perbicaraan kes 2 menteri Besar di Perak Darul Ridzuan telah dibacakan keputusan di Makhamah Rayuan ,Putrajaya. Saya rasa semua sudah mengetahui keputusan yang dibuat di Makhamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan Dato’ Seri Hj Nizar sebagai sebagai Menteri Besar yang sah. Sehari Kemudian makhamah membenarkan permohonan Dato’ Dr Zambry untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh makhamah Tinggi. Tetapi permohonan Hj Nizar mengambil masa beberapa hari untuk makhamah menerima untuk mendengar rayuan untuk mengenepikan permohonan Dr Zambry. Kemudian kiita melihat akhbar-akhbar nasional yang terlalu bias kepada parti yang memerintah, membuat komentar dan pandangan yang terang-terang memihak kepada Dr Zambry. Ada satu persoalan kenapa BN mahu meghalang Nizar daripada menjadi MB Perak?


Kenapa perlu kepada stay of execution? Saya betul-betul bimbang kalau demokrasi tidak dipercayai dan sudah dirosakkan oleh mereka yang diberi mandat oleh rakyat.Saya pohon pihak Istana masuk campurtangan dan perkenan bubarkan DUN. Walaupun makhamah Rayuan telah mengesahkan Dr. Zambry sebagai MB, namun saya ingin ,menegaskan bahawa kepincangan demokrasi di Perak telah menyebabkan banyak masalah. Campur tangan sewenang-wenagnya oleh pihak keselamatan dan pentadbiran negeri telah menyebabkan demokrasi sudah tidak dihayati.Saya bimbang dan takut jika rakyat akan hidup dalam ketakutan kerana hokum yang ditetapkan dan tertulis sudah boleh dimain-mainkan kerana mengikut hawa nafsu. Persoalan kenapa BN tidak mahu bubarkan DUN .Selepas ini pasti,ada lagi adegan “bodoh’ yang akan berlaku. Solusinya,


KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT. BIAR RAKYAT YANG MENENTUKAN KERAJAAN DAN ORANG YANG DIPERCAYAI MEMERINTAH.BUBARKAN DUN DAN KEMBALI MEMILIH.


YA ALLAH

BERIKANLAH KEAMANAN DAN KEMAKMURAN BUAT PERAK DARUL RIDZUAN DAN NEGARAKU MALAYSIA.


Luahan rasa

Anak anak Malaysia

No comments: