Saturday, September 4, 2010

Qatar 2:Kembara bermula

Alhamdulilah ,itu kalimah yang mampu kulafazkan tatkala berpeluang untuk merasai suasana di Qatar.Sebenarnya projek ini merupakan cetusan Alfadil Dr Hj mohd Yusnan bin Hj Yusof,Penasihat Akademik B.Ed TASL Insted IIUM.Projek yang dirancang pada awal Januari 2010 akhirnya diluluskan pada mac 2010.


Program ini menelan puluhan ribu menuntun kerjasama semua pihak untuk merealisasikannya.terima kasih khususnya Teman-teman Tahun Akhir B.Ed TASL yang bertungkus lumus mencari dana .Tidak dilupakan kepada rektor UIAM yang meluluskan program ini,Prof Madya Dr Nik Ahmad Hisyam,mantan pengarah INTED dan seluuh staf akademik Insted yang menyokong program ini.


Kami berkumpul pada jam 8.15 malam di OR BEDSA untuk solat Isyak dan hajat.Seterusnya 'berkampung ' sementara menanti jam 4.30 pagi untuk bertolak ke KLIA.Lupa nak sebut,Aku,ust Yusnan dan Rosli sahajalah merupakan 3 orang hero dikalangan 19 heroin yang mengikuti kembara ini.yang bujang aku dengan rosli jela.hehehe


Lebih kurang jam 4.30 pagi kami pun bergerak la ke KLIA.Naik bas UIAM yang berwarna biru. Bangga la kejap dengan UIAM.Aku diamanahkan menjadi cameramen(walaupun tak pandai pun)Kami sampai ke KLIA tatkala azan subuh berkumandang.Kami terus bergegas mencari surau untuk menunaikan kewajipan pada yang ESA.


selepas solat kami menikmati sarapan yang dibuat oleh ustazah-ustazah TASL(roti bersalut kaya)nak jimat punya pasal-KLIA ni barangnya agak mahal.Kami akan menaiki penerbangan Qatar Airways yang terus ke Doha pada jam 10.00 pagi.Kami check in bagasi pada jam 7 pagi ditemani oleh pak cik junaidi -wakil agensi yang menguruskan tiket kami.


Setelah semuanya selesai kami mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pakcik Junaidi dan Ust Yusnan.Ustaz Yusnan mengingat bahawa kami bukan ke Qatar semata-mata melancong tetapi lebih kepada lawatan ilmiah terutama untuk melihat suasana proses pengajaran dan pembelajaran di negara Arab .


Aku jadi terharu apabiala beberapa temanku Su,Topek,Padil,Where,cikgu turut menghantarku.walaupun nak pergi dua minggu je tapi sebak juga.terasa seolah-olah nak pergi untuk tempoh yang lama.Oklah setakat ni dulu catatan ku ikuti sambungannya nanti...............................


melepasi pemeriksaan Imigresen KLIA-perlepasan antarabangsa

wajah-wajah ceria sebelum 'terbang'

ditengah-tengah sahabat yang mendoakan musafir kami


TO BE CONTINUED LA.........

2 comments:

Enas Abulibdeh said...

اللهم اغفر له وارحمه و اعف عنه و تجاوز عنه اللهم ابدله دارا

خير من داره و اهلا خيرامن اهله وانزل على قبره

الفسحه و السرور اللهم تجاوز عنه و يسر حسابه ويمن كتابه و هون عليه و

اغفر له جزاء ماصابه فانه صبر على البلاء فلم يجزع اللهم اكرم عبدك و بشره

بروح وريحان و رب غير غضبان و اجمعنا معه في جنه الفردوس مع حبيبك

المصطفى النبي المجتبى خير خلقك و ارزق اهله الصبر و السلوان

syauqah-el-wardah said...

amiin..

Hafreez, kembaramu di dunia ini sudah berakhir. Semoga kuburmu menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga. Kami semua sangat menyayangimu. Semoga di akhirat nanti kita bertemu..