Saturday, July 26, 2008

KEDAH TOUR




Perjalanan dimulakan seawal jam 2 pagi. 3 ‘ekor Kancil’, sebuah Iswara dan Vios menjadi ‘buraq’ kami ke Kedah. Dimulakan dengan acara mengambil muslimat di Mahalah Asma’. Ternyata Vios menjadi pilihan sang puteris.. Sang Kancil hanya mampu menunggu je hehehe. Jangan marah na.Gurau je. Kami berkumpul di stesyen minyak dekat dengan Giant. Setelah mengisi minyak kenderaan masing-masing, kami membaca doa memohon keselamatan sepanjang perjalanan. Perjalanan pun bermula!!!!!

Aku menaiki Kancil bersama Hakimi.Dalam perjalan aku telah ‘diseksa’ oleh Kimi. Aku tak dibenarkan tidur. Yela, kena teman dia ,kang ada yang terlelap kang.Perjalanan pada mulanya tenang bertukar menjadi sedikit panik apabila Kancil Adni naik temperature. Nasib baiklah mampu untuk terus bergerak.Kami berhenti rehat di Hentian Tol .(tak ingat dah hentian apa da) kira-kira jam 5 pagi. Setelah melepaskan penat, kami meneruskan musafir ke Kedah.

Kami bersolat Subuh di Hentian Lenggong. Perancangan awal untuk menumpang rehat di rumah nenda salah seorang anggota ekspedisi terpaksa dibatalkan kerana masyaqah tertentu.Kami akhirnya ke pekan Hulu Perak untuk sarapan pagi. Terkejut gak la tuan kedai menerima kedatangan kami yang berjumlah seramai lebih kurang 20 orang ni. Pendek kata , makanan kat kedai pak cik tu laku la pagi tu hehehe. Dah kenyang ni rasa mengantuk lah pulak. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Grik. Kami berhenti di Masjid Daerah Grik untuk khidmat diri dan rehat. Kang, tak pasal-pasal kena halau dengan orang kampong Yati ngan Fikri, kes pi kenduri tak mandi, hehehe.

Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami menyambung musafir ke rumah Hayati Husna yang terletak di Kupang, Baling. Kami akan menyertai rombongan Fikri ke rumah pihak pengantin perempuan. Kami berkumpul di Masjid Kupang . Turut menyertai rombongan ialah kekawan UIA dari Kelantan yang telah sampai di rumah Fikri sehari sebelum majlis.Usai solat zohor, kami mula bergerak ke rumah pengantin perempuan yang terletak berdekatan dengan masjid.

Rombongan kami disambut meriah oleh tuan rumah. Ditambah seri pulak dengan warna tema iaitu HIJAU. Taula Kedah dah menang.Hehehe. Rombongan muslimin yang sememeang dah lapar apalagi, balun je la. Perut dah lapar kan.Ramai gak lah tetamu yang hadir. Suasana meiah dapat dirasai oleh semua yang hadir.Hampir satu jam jugalah kami bertandang ke situ. Kemudian rombongan kami bertolak ke Sungai Petani la pula. Perjalanan mengambil masa sejam. Kami begitu terpegun dengan permandangan dan kemajuan negeri Kedah.Antarnya K.L.G, Sekolah Menengah MOHD ARIF dan pembangunan yang tersusun.

Kami tersesat dalam perjalanan kerana tertinggal anggota rombongan pengantin. Syukurlah,pemandu kita cekap.Akhirnya , kami selamat sampai di rumah Fikri lebih 4.50 petang. Dah sampai, apalagi isi perut sekali lagi. Seterusnya, sesi bergambar dengan kedua-dua mempelai. Kami kena cepat kerana kami perlu pulang pada hari tu jugak lantaran ramai yang ada exam pada hari Isnin. Jam 6 kami terpaksa meminta izin untuk pulang ke UIAM .

Kami berhenti di Masjid Kupang untuk Solat Jamak Maghrib dan Isyak. Selapas solat kami pun memulakan perjalanan pulang. Pemandu-pemandu agak keletihan. Namun, kami terpaksa juga pulang malam itu juga.Dalam perjalanan pulang, Kancil yang dipandu oleh Aizat telah mengalami sedikit kemalangan. Alhamdulilah, mujur tiada yang tercedera.Kereta yang dipandu Aizat telah melanggar pembahagi jalan. Cuma kereta je yang kemek. Menyedari bahawa pemandu memerlukan rehat, kami singgah sekejap di sebuah warung untuk berehat dan bertenang. Kami sedar bahawa ini adalah cara untuk mengikat hati-hati kami dan selalu ingat akan ALLAH.

Perjalanan diteruskan.Kami singgah di Hentian Tapah untuk rehat. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke UIAM. Kami sampai lebih kurang jam 3 pagi. Kami bersyukur kerana selamat pergi dan selamat pulang. Apa-apa pun tahniahlah kepada Fikri dan Hayati Husna (lebih dikenali sebagai Adik dikalangan memember Kuantan) kerana telah disatukan diatas satu ikatan yang suc
SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA SELALU.

No comments: