Wednesday, August 6, 2008

Tassawur Islam

Salam.Agak lama dah aku tak menulis.Akhirnya dapat jugaklah aku posting karya minggu ni.

Islam adalah satu agama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W bertujuan menyinari manusia dengan panduan dan kebenaran yang hakiki. Islam ialah penyerahan diri hamba kepada tuannya iaitu Allah S.W.T. Tetapi ramai yang beranggapan Islam hanya tertakluk kepada perkara-perkara yang bersifat ibadah sahaja. Konsep inilah yang seharusnya diperbetulkan. Islam adalah agama yang mudah.Semua perbuatan dan amalan yang dilakukan kerana Allah Taala dan bertepatan dengan syarak dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala.

Islam juga diturunkan bukan hanya kepada bangsa Arab semata-mata, Tetapi untuk seluruh alam.Buktinya, Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W kepada sekalian manusia .Firman Allah S.W.T “Dan tiadalah aku utuskan engkau ( wahai Muhammad)melainkan untuk manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan.(Saba’:28) Ini menunjukkan bahawa Islam mempunyai satu konsep kesejagatan yang tidak terbatas kepada generasi tertentu sahaja atau tempoh tertentu.

Konsep ini juga menunjukkan bahawa Islam akan kekal abadi, tidak akan hilang, berubah dan dimansuhkan.Ini kerana Islam adalah penamat syariat yang terdahulu.Berdsasarkan asas ini, jelas menunjukkan bahawa Islam mempunyai dasar, hukum , prinsip, dan kesemua kandungannya mampu memenuhi keperluan manusia di sepanjang masa dan di mana-mana- sahaja. Jesteru itu , Islam sahaja yang mampu menyelamatkan manusia dari mundur.

Kesimpulannya , kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis disepanjang hidup kita. Kita mesti mendaulatkan ketuanan Islam. Kita mesti meletakkan Islam sebagai perkara utama dalam hidup kita. Apabila memperkatakan tentang hak-hak ketuanan melayu kita mesti sedar bahawa melayu itru pasti musnah tetapi Islam juga yang kekal abadi. Jesteru itu, kita seharusnya menjadikan Islam sebagai agenda utama untuk dipertahankan . Jangan jadi seperti bangsa Qurasyh yang musnah kerana mereka hanya memikirkan agenda bangsa sahaja .



No comments: