Friday, September 5, 2008

HARI INI SATU SEJARAH

Syukur kepada Allah, aku berpeluang menghadiri satu kursus yang diberi nama MCLEAD 2008 anjuran BEDSA.Program ini khas untuk barisan kepimpinan mahasiswa undergrad Institute of Education.Program ini dibuat di Dusun Eco Resort , Bentong Pahang.Kami bertolak dari mterminal bas INSTED tepat jam 3 petang hari jumaat. Oh ya, program ini melibatkan 21 orang mahasiswa yang terdiri daripada mainboard , headcom, asst. headcom, dan setiausaha setiap biro.

Tepat jam 3 petang kami pun memulakan langkah pengembaraan kami. Masing-masing terlalu teruja dengan proram ini.Yelah, kebanyakkan daripada kami masing –masing masih baru dan ini, tentunya pengalaman yang menarik.Akhirnya , kami sampai ke Dusun Eco Resort. Alamak, kena naik la trak la pulak. In kerana resort tersebut terletak diatas bukit yang tingginya 250 meter dari paras laut.

Antara aktiviti yang kami lakukan disini ialah Night walk dan rafting. Kedua-kedua aktiviti ini mengajar erti team work yang sebenar. Night walk mengajar erti menghargai atau pun percayakan rakan dalam pasukan.Kami dilepaskan dalam satu barisan panjang dan hanya dibekalkan tiga batang lilin sahaja iaitu didepan, ditengah, dan dibelakang sahaja.Lilin itu dapatlah diibaratkan sebagai cahaya yang dapat memberi panduan kepada kami didalam hutan tersebut.Apabila difikirkan balik , dapatlah saya simpulkan bahawa kita adalah makhluk yang dicipta oleh Allah sentiasa memerlukan kepada panduan dan bimbingan.Cahaya yang kita perlukan adalah Al-Quran dan Hadis KekasihNYA.Sumber kekuatan kita sebagai orang Islam ialah Al-Quran dan Hadis.

Saya ingin berkongsi apa yang disampaikan oleh Asst.Prof Dr. Johdi Salleh (Deputy Director Postgraduate INSTED)yang dijemput untuk membentangkan ceramah kepada kami.Beliau mengingatkan kepada kami supaya sentiasa memperbaiki niat dalam melakukan apa perkara sekalipun.Dia juga menyeru kami supaya mempunyai fikiran outside of the box dan mengamalkan budaya sumbang saran @ brainstorming dalam kehidupan .Apapun kita kena sedar bahawa kitalah bakal guru kepada masyarat tak kira kita di bidang mana sekalipun kita tetap dibebankan dengan tugas sebagai da’ie kerana kita telah mendapat peluang untuk bergelar mahasiswa muslim.

BARISAN KABINET BACHELOR OF EDUCATION STUDENT'S ASSOCIATION IIUM SESI 2008/2009

1 comment:

Anonymous said...

mane gambar hafreez...xnampak pun...