Monday, February 2, 2009

PRK-Luahan mahasiswa Pendidikan

Salam perjuangan
Tahun ini saya masih belum memulakan pena saya.Ini kerana ketiadaan komputer peribadi yang menyebabkan saya agak malas nak menulis hehehe. Banyak peristiwa menarik yang berlaku untuk dikongsikan bersama.Semestinya kenangan terindah semasa SRC Election 2009.
Saya tidak menduga bahawa Kuliyyah saya tidak layak untuk mempunyai wakil dalam MPP kerana faktor institute. saya tidak tahu mengapa pihak pentabira UIAM tidak mahu mahasiswa dari INSTED mempunyai wakilnya sendiri. Mereka telah mengabungkan INSTITUTE OF EDUCATIN(INSTED) dan KULIYYAH ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES(KIRKHS). Sesuatu yang pada pandangan peribadi saya tak masuk akal. Hanya DUA kerusi yang diperuntukkan kepada KULIYYAH ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES serta INSTITUTE OF EDUCATION. Bagaiman mahasiswa dari INSTED nak mendapat undian bagi membolehkan mereka mempunyai suara dalam Students Representative Council nanti. Jumlah mahasiswa dari INSTED lebih kurang 300 lebih sahaja . Jumlah yang minoriti jika hendak dibandingkan dengan mahasiswa di KIRKHS yang berjumlah lebih kurang 3000 lebih. Sudah pasti undi untuk mahasiswa INSTED yang bertanding (sekiranya ada) adalah kecil kerana calon yang bertanding berdasarkan kerusi kuliyyah sahaja( Fakulti) bukannya kerusi umum. UIAM telah memansuhkan kerusi Umum sejak tahun 2005.Perlu diingatkan bahawa KIRKHS dan INSTED mempunyai pentadbiran dan orientasi yang berbeza. INSTED merupakan kuliyyah ataupun fakulti yang bertanggungjawab melahirkan bakal-bakal guru . Sedangkan KIRKHS lebih menumpukan kepada pengajian bahasa, sastera dan ilmu sains kemanusiaan.Ini akan menyebabkan calon yang telah dipilih sukar untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa terutamanya kebajikan mahasiswa pendidikan kerana faktor perbezaan yang ketara. Untuk pengetahuan, saudari Zatil Arifah dan Noraini adalah mahasiswi dari KIRKHS.Mahasiswa dari INSTED tidak berpeluang untuk menawarkan diri kerana mereka tahu mereka akan kalah kerana sentimen kuliyyah. Ini secara tidak langsung telah membunuh semangat demokrasi di kalangan bakal-bakal pendidik bangsa untuk memahami erti demokrasi. Ini juga telah menafikan hak mereka untuk mempunyai wakil mereka sendiri yang lebih tahu keperluan dan kebajikan yang mereka perlukan.Mereka juga terpaksa memilih calon yang sebenarnya bukan pilihan mereka tetapi atas nama demokrasi ,mereka turun mengundi. Di saat teman- teman yang lain memilih calon dari kiliyyah mereka, mahasiswa INSTED terpaksa mengundi calon 'luar ' atas nama demokrasi.Harapan kami, mahasiswa INSTED diberikan peluang sebagaimana mahasiswa di kuliyyah lain kerana kami juga membayar yuran yang sama nilainya dengan dengan teman-teman kami dari kuliyyah yang lain.Semoga UIAM terus matang dalam melahirkan modal insan yang berguna buat agama dan ummah.
NIK HAFREEZ AFFIQ BIN MOHD GHAZALI
INSTITUTE OF EDUCATION.

No comments: