Tuesday, May 26, 2009

CUKUPLA AGUS BUATMU.

Semalam aku ke blik temanku. Hajat nak guna komputer riba dia, nak study sikit.Tetapi study la kejap. Nak tahu kenapa? kerana sebelum ke bilik dia, aku sempat singgah kedai abang burger dekat-dekat bilik dia untuk baca akhbar. Aku ambil Siasah dan baca.. Ada satu kolum yang best.


HUSAM DAN ZAHID DALAM HUJAH TV9

Aku pun gi bilik dia dan buka TV9. Ada satu pengumuman yang Hujah malam tu antara Ezam dan Husam sahaja. Tup-tup bila mula , hanya Ezam sahaja. Aku pelik kenapa Dato' Zaid dan Dato'Husam tak hadir.Barulah hari ni aku tau sebabnya klik sini.
Berbalik pada cerita kita.Aku kata Ezam pun Ezam lah. Tajuk pada malam tu ialah berkaitan dengan politik wang (tak ingat dah tajuk yang spesifik). Dipengerusikan oleh Prof Agus . Ezam mengatakan sewaktu memulakan bicara rasuah politik @ politik wang ini berlaku kerana dada kuasa. Beliau mengatakan yang Umno dah lama berkuasa dan mengaitkan PKR, DAP dan PAS melakukan politik wang juga kerana mereka pun dah berkuasa. PKR sebagai contoh dalam isu lembu di Selangor. Dr Agus mengajukan soalan yang agak 'nakal' iaitu bertanyakan pandangan Ezam berkenaan Kerajaan Pas Kelantan. Beliau mengemukakan hujah bahawa pada Kerajaan Pas pada tahun !970 juga ada rasuah tetapi tidak mengaitkan Pas dibawah pentabiran Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat bermula dari tahun 1990- sekarang.. Tetapi bila menyentuh Perak pula beliau mengatakan adanya rasuah kerana MB Nizar mengarahkan Exco tidak mengambil hasil wang balak diawal -awal pemerintahan Pakatan Rakyat.
Saya agak terkejut dengan kenyataan bekas pengerusi Gerak ini yang mengaitkan Pas di Kelantan dengan politik wang berdasarkan faktor sejarah sahaja. Saya tambah terkejut bila beliau menyatakan beliau menyatakan, beliau kembali ke Umno kerana Kerajaan Umno dan BN mempunyai komitmen menangani isu politik wang melalui penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinaiktarafkan dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja. Saya teringat lagi sewaktu Pemilihan Agong Umno tahun ini (2009) sudah terang lagi bersuluh YB Khairy Jamaluddin yang bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno dan YAB Datuk Seri Ali Rustam(Timbalan Presiden Umno) yang disabitkan oleh oleh Lembaga Pemilihan Umno terbukti terlibat dalam politik wang tidak disiasat oleh SPRM.Kita tau bahawa KJ hanya diberi amara manakala Ali Rustam dilarang bertanding. kenapa SPRM tidak bertindak? Di mana komitmen Kerajaan Umno nak menangani dan membanteras rasuah politik. Kalau setakat Ahli Majlis tertinngi sahaja yang didakwa di makhamah , bagaimana dengan Ketua Pemuda yang menang dan hanya diberi amaran? Bagaimana dengan mantan Naib Presiden yang hanya dilarang bertanding oleh parti dan masih menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan negeri? Apakah politik wang dalam parti dibenarkan, yang tak boleh hanya dalam kerajaaan. Wallahualam, Allah sahaja yang mengetahui.



Beliau juga menyatakan beliau kesal kerana Dato' Husam tak hadir tetapi beliau terfikir atau tidak, beliau hanya ahli sebuah parti politik sahaja sedangkan Husam itu adalah Naib Presiden sebuah parti dan lawan yang sepatut hadir tetapi menarik diri disaat akhir itu juga Naib Presiden parti politik yang beliau menjadi ahli sahaja.Bak kata teman saya

" Cukuplah Agus buat mu wahai Ezam"

Sekadar lontaran peribadi.

No comments: