Monday, June 1, 2009

kembara Kedah (1)


Salam. Pertama sekali kuingin ucapkan seribu tahniah dan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada mantan vice pres 1 MC 2006/2007 pit bad and Nabilah.Kira ada jugak wakil gombak yang mengikut jejak langkah Fikri dan Hayati Husna.bermula pada 30 hb 2009 kul 12.05pagi, Semua barisan jejaka berkumpul di Parking blok B MU. Seterusnya bergerak ke Parking Aminah untuk mengambil muslimat. Kereta diatur, strategi dissun, plan disusun cantik-cantik.Mula bergerak dan bergerak . Hujan menemani kami.Perjalanan terasa sukar.Sesudah pagi kami pun tiba di Sik walaupun sesat ditempat yang sama untuk kali kedua.(orang kedah yang bawa tu). penat yang terasa akhirnya terbalas dengan bersandar di rumah Pakcik Abu Bakar.Mai pulak durian, Abdullah dan Topik yang tak sabar-sabar lagi terus meluru kearah durian dan memakannya.( jgan marah). Ke rumah mak Andak untuk istirehat dan terlelap.. Driver dan co-pilot yang sudah tak tahan lagi terus merebahkan diri dan terlelap sampai kul satu.selepas solat dan menjamu selera yang sedap-sedap(ikan pekasam tentunya pembuka selera.) Disinilah bermulalah pasaran Saham sesama jejaka.kami pun memohon diri meneruskan kembara.

kami hanya mampu melihat topik yang kekenyangan hehehe


Kembara kali ini, Kampung Mengkuang Hujung.Dijamu lagi dengan Mee dan Mee Hoon Goreng. Bursa saham sang jejaka terus diperdagangkan dengan menunjukkan sikap memasing yang rajin. usik mengusik sesama kami makin rancakSelepas itu ke Rumah Taufik,Sungai Petani.Makan Lagi.Bezanya pasaran saham dah ditutup kerana dah kul 6.30 ptg. Kami tak lama disitu. Mohon izin untuk meneruskan kembara ke destinasi seterusnya..Akhirnya sampailah kami di rumah Akmal Aina di Alor Setaq. Sebelum sampai, kami melalui Kediaman Rasmi MB Kedah, Seri Mentaloon, Istana Anak Bukit dan Wisma Darul Aman.Kami dijamu dan dijamu lagi. Menariknya, kami dijamu dengan jagung rebus tanaman sendiri selain daripada menu lain.Kami terpaksa meninggalkan serikandi-serikandi di rumah Akmal kerana kembara muslimin belum berakhir. Kembara kami akhirnya berhenti dirumah En Mukhlis Mansor.



syukran ala kulli ya Busyra.(Baling)


waiting the food








Terima kasih Pakcik Rani ( Sungai Petani)

1 comment:

Unknown said...

waa..sedapnya makan durian,,rindunya aku pada kampung halaman..waaa....